Isnin, 9 November 2015

homemade ice cream

Al kisah homemade ice cream hari ini..
baru cuba buat sekali dah ada permintaan buat lagi homemade ice cream ni...bahan-bahan pun senang jadi buat ajelah,tq blog cik epal,,saya share resepi ye...


bahan-bahan

@ 1 tin susu cair
@ 1/4 susu pekat ( saya letak 7 sudu besar je)
@  sebiji telur (saya guan gred B)
@ 1sudu besar ovalett
@ 1 sudu kecil esen vanila

cara-cara membuatnya

@simple je mixer semua bahan-bahan sampai betul-betul kembang 15minit ke 20minit gitu,kalau nak guna blender pun boleh cuma lama la sikit dari guna mixer tadi...
bila dah kembang boleh la bahagikan ke beberapa bekas perisakan lah dengan perisa yang korang suka, malam ni saya buat perisa strawberry dengan milo,dah siap boleh simpan dalam peti sampai beku...kena tunggu cikit la kan sampai ice cream tu nak beku...bila dah beku tunggu apa lagi 
jommmmm kita ngapppp...

selamat mencuba

gambar tak sempat snap  sebab belum beku lagi, hehehe
dinasihatkan buat pada waktu malam,bukan apa bagi yang ada anak kecik bila tau mak dia buat ice cream,,,nah peti akan jadi tempat mainan,,,buka,,tutup...buka..tutup..siap ada soalan  "ibu dah boleh makan ke ice creamnya'...
Image result for gambar homemade ice cream

Harga Premium Beautiful 2017

Assalamualaikum dan selamat malam semua Hari ini dah puasa ke 13...ada yang dah tinggal ke....tak pe..tak pe...lepas raya kita ganti sama-...